Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Friday, 25 May 2012

:: Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid ::


Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004),  terdapat  banyak  faktor  yang  berkait  dengan gangguan  emosi  dalam kalangan kanak-kanak.   Antara  punca  berlakunya  gangguan emosi  dalam  kalangan  murid  ialah persekitaran  sekolah,  peristiwa  dalam keluarga, pengaruh  keluarga,  pengaruh  rakan sebaya,  tindakan  guru dan lain-lain  lagi.

Gangguan  emosi  dalam  kalangan  murid  berpunca  daripada  persekitaran  sekolah yang  tidak kondusif.  Contohnya  gangguan  emosi  itu  mungkin  berpunca daripada masalah  kesesakan  di dalam  kelas  yang  boleh  mewujudkan  kecenderungan  murid untuk melakukan  kesalahan  disiplin.   Ini  selaras dengan  pendapat  yang  diberikan  oleh Ketua  Jabatan Pendidikan Kaunseling  dan  Psikologi  Kaunseling,  Fakulti  Pengajian Pendidikan,  Universiti  Putra Malaysia  (UPM),  Prof  Madya  Dr  Rusnani  Abdul  Kadir  yang mendapati  bahawa  kecendurungan  ke arah  perlakuan  negatif   wujud   kerana  dipengaruhi  unsur  rangsangan  di  sekeliling  mereka.  Ini bermaksud  murid  mungkin   melakukan kesalahan   akibat  daripada  suasana  persekitaran  yang  tidak kondusif  dan mengganggu  emosi  mereka.  

Keadaan  ini  berlaku  kerana  keadaan  sekolah  yang  sesak  akan membawa  kepada   fizikal   kelas   padat   dan  menyebabkan   situasi   tidak   selesa   kepada   proses  pengajaran  dan pembelajaran.  Malah  keadaan  ini  menjadi  lebih  ketara  jika  ada  murid  nakal  yang  sering  mengganggu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.   Ini  secara langsung  akan  mengganggu  murid  yang  ingin  belajar  dan menyebabkan  mereka  mengalami   tekanan   emosi.

 Selain  itu,   peristiwa   dalam   keluarga  juga  akan  menjadi punca murid  mengalami gangguan  emosi.  Peristiwa  dalam  keluarga  selalunya  melibatkan  perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat  positif  atau  negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,  penceraian,  kemalangan ,kematian,  muflis  atau  hilang  pekerjaan,  dipenjara,  krisis  kewangan  dan lain-lain.

 Manakala  peristiwa  hidup  yang  positif   termasuk perkahwinan,  mengandung, kenaikan  pangkat  dan  berpindah  ke  rumah  baru.  Peristiwa  dalam  kehidupan keluarga  seperti  yang  dinyatakan  itu  memberi  kesan   ke atas  masalah  emosi  seseorang  murid.  Peristiwa  yang  sedemikian  akan  menyebabkan  emosi   murid  tertekan  dan  selalunya mereka  akan  menunjukkan   tindak   balas   fizikal,   emosi   dan   tingkah   laku  seseorang.    Dari  segi  emosi,  murid  akan  berasa  susah  hati,  murung,  sedih, marah,  tidak  tentu  arah, resah  dan  lain-lain lagi.

 Di  samping  itu,  keluarga  yang   sering  bertengkar,  bergaduh dan kurang  mesra, tidak  menaruh  minat  terhadap  anak-anak,  bercerai,  terdapat  kematian  dan perpisahan akan membawa keadaan   gangguan  emosi  dan  penyesuaian  kanak-kanak  yang  tidak stabil.  Pengaruh  keluarga menjadi  punca  keadaan  ini berlaku.  Dari  segi  tingkah  laku, murid  berkenaan   mungkin  akan  bertindak  berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan  sebarang  emosi.  Keluarga yang  mesra  antara  satu sama lain,  demokratik  dan  ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima  oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,  ketabahandan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu puncanya kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi.  Contoh situasi ialah, kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak tersebut  akan menangis dan  menunjukkan  perubahan  tingkah laku  yang ketara.  Jika kanak –kanak  ini dimasukkan  ke hospital , ibu  atau  bapanya  dinasihatkan  agar  sentiasa  berada  di  sisinya  kerana  keadaan  persekitaran  yang  asing  dan  berbeza  akan  memberi  kesan  kepada   status  emosi  anak  itu. Kehadiran  ibu  bapa  sedikit  sebanyak  akan mengurangkan  tekanan  emosi  dan  perasaan  takut  kanak –kanak  tersebut.

Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab kenapa kanak-kanak  mengalami gangguan emosi.  Kasih sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi. Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil dan  akan  membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa dalam  kehidupan seharian  mereka.

Tindakan guru yang  tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian ,  sokongan dan bimbingan.  Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian ,  kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif ,  sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan di tadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Tuesday, 17 April 2012

:: Memahami Tingkahlaku Bermasalah di Kalangan Kanak-Kanak ::

Memahami Tingkahlaku Bermasalah di Kalangan Kanak-Kanak



Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai cabaran dari segi fizikal dan psikologikal dihadapi oleh setiap individu. Cabaran dan rintangan hidup ini kadangkala menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan tingkahlaku. Sekiranya pengesanan awal, rawatan, penjagaan dan pemulihan tidak dibuat, maka impak yang amat besar akan dialami oleh individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita akan kehilangan modal insan untuk membangunkan negara ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Definisi Tingkahlaku
Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh orang lain (Mukherji, 2001). Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran. Contohnya jika kanak-kanak gembira, tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk menzahirkan perasaan tersebut seperti tersenyum, menepuk tangan atau melompat dianggap sebagai tingkahlaku.


Terdapat dua jenis tingkahlaku, iaitu yang boleh dilihat (overt) dan tidak boleh dilihat (covert). Tingkahlaku yang boleh dilihat termasuklah tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) dan tingkahlaku motor (pergerakan badan). Tingkahlaku-tingkahlaku ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu lain.

Tingkahlaku Bermasalah
Sesuatu tingkahlaku yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain termasuk persekitaran dianggap sebagai tingkahlaku bermasalah. Antaranya ialah tingkahlaku agresif (buli, vandalisme, jenayah), tingkahlaku berisiko tinggi (kehamilan, penyalahgunaan dadah dan alkohol, lumba haram), delinkuen (kelakuan antisosial dan melanggar undang-undang), keresahan, kemurungan, kecelaruan, dan mencederakan diri sendiri.

Di Malaysia, 13 peratus atau 130 000 orang kanak-kanak dan remaja didapati mengalami masalah tingkahlaku dan emosi (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Antara sebab yang menyumbang kepada tingkahlaku bermasalah termasuklah tekanan dalam keluarga, teknik keibubapaan yang kurang sesuai, keadaan persekitaran, dan kurangnya ilmu pengetahuan untuk menanganinya.

Pengesanan dan intervensi awal dianggap penting untuk membantu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa supaya perkembangan yang sihat dapat diperoleh. Perkembangan yang sihat ini dapat membentuk kesejahteraan mental yang baik untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan

Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak yang akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi. Antaranya ialah:

1. Privasi-Kadangkala kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. Contohnya, kanak-kanak ingin bermain atau membaca bersendirian.

2. Kuasa • Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Mereka juga inginkan kebebasan. Contohnya, kanak-kanak ingin memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai semasa bermain.

3. Memiliki barang peribadi • Kanak-kanak ingin memiliki sesuatu benda. Mereka tidak mahu berkongsi barang yang dianggap milik peribadi seperti kasut dan permainan.

4. Perhatian • Kanak-kanak inginkan perhatian. Selalunya, mereka akan menangis supaya dapat memberitahu orang lain tentang keperluan mereka itu.

5. Kejayaan dan cabaran • Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingkahlaku untuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut.

6. Keselamatan • Keperluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosional. Melalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan • Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima seadanya oleh orang lain. Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka terbiar, mereka akan merasa rendah diri dan kendiri negatif akan terbentuk.


Di petik dari Buku :
Memahami Tingkahlaku Kanak-Kanak
Mahani Razali
Mahizer Hamzah
Nor Junainah Mohd Isa

Monday, 16 April 2012

:: Ciri-ciri Pengurus yang Baik ::

Ciri-ciri pengurus yang baik

Menjadi seorang pengurus, pegawai atasan ataupun manager seringkali diidam-idamkan oleh ramai orang. Sebagai seorang pengurus, saya fikir, kita perlu ada ciri-ciri yang baik untuk disayangi, dihormati oleh orang bawahan. Tidak guna kalau kerjaya sebagai pengurus tetapi ciri-ciri seorang pengurus yang baik tidak ada dalam diri kita. Justeru itu, sebagai inisiatif sendiri, saya sematkan didalam hati untuk terus belajar menjadi 
seorang pengurus yang baik.

Antara ciri-ciri menjadi seorang pengurus yang baik adalah seperti berikut:

1. Memberi motivasi kepada orang bawahan. Sesuatu orgranisasi itu akan kukuh dan mempunyai momentum gerak kerja yang tinggi apabila bos mereka sentiasa memberi galakan dan juga motivasi. Bila sebut motivasi, peranan yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus ialah seperti memberi galakan dan kata-kata semangat. Memberi teladan yang baik kepada kakitangan. Menjadi inspirasi kepada kakitangan. Bagaimana caranya? Saya serahkan kepada kreativiti akal fikiran pembaca sekalian.


2. Bijak mengagih-agihkan kerja
Tidak dinafikan saya juga mempunyai masalah dalam mengagih-agihkan kerja kepada kakitangan. Kerana bagi saya, jika saya boleh melakukannya sendiri, mengapa ingin menyuruh orang lain. Di situlah kekurangan yang ada pada diri saya. Sebagai pengurus, kita perlu bijak mengagihkan kerja supaya bebanan kerja tidak ditanggung oleh kita. Agih, pantau dan tunjuk ajar, itu yang terbaik pada pandangan saya. 


Bila memberikan kerja kepada seseorang, kita tidak perlu mengongkong cara mereka melaksanakan kerja tersebut. Biarkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cara mereka tersendiri tetapi hasil mestilah seperti yang kita mahukan. Kita boleh memberi tunjuk ajar dari semasa ke semasa dan sering bertanya status kerja mereka.

3. Ambil tahu dan serba tahu
Ambil tahu dan serba tahu. Perkara yang sering kali pengurus lepas pandang. Bagi mereka, berjawatan tinggi sudah memadai, menunding jari sudah mencukupi, tak perlu mengetahui kerana dengan 1 jari orang bawahan kita akan patuh dengan arahan kita. Tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan terhadap personaliti dan tanggapan orang bawahan kepada kita? Saya yakin, dibelakang kita, staf akan mencemuh dan memaki hamun bos mereka. Hurmm, ambil tahu perkara yang perlu menjadikan kita serba tahu dalam kerja harian. BOS HEBAT PEKERJA HORMAT!.

4. Membenarkan kesilapan sebagai pengajaran untuk ke arah pembaikan. 
Pekerja yang baik tidak semestinya melakukan kerja tanpa kesalahan. Kesalahan itu adalah NORMAL.Everyone make a mistake, but dont make same mistakes twice. Sebagai seorang pengurus, kita perlu bertoleransi dengan kesalahan yang dilkakukan oleh pekerja dan membimbing mereka serta menjelaskan kepada mereka terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Itulah sebaik-baiknya.

5. Belajar dari kesilapan sendiri.
Pengurus juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tersilap strategi, tersilap memberi arahan, dan itu semua boleh mendatangkan impak kepada organisasi dan juga menjejaskan imej sebagai seorang pengurus. Tetapi, pengurus yang baik adalah mereka yang belajar dari kesilapan lampau. 

6. Layan setiap kakitangan sama rata. Adil, bertoleransi tetapi tegas.
Bersikap tidak adil dan memilih bulu akan menjejaskan imej kita sebagai seorang pengurus. Staf bawahan juga akan terkena dengan bahang negatif apabila kita bersikap memilih bulu. Mereka tidak akan memberi komitmen kerja yang tinggi. Kurang kepercayaan dan kurang rasa hormat pada kita. Kita perlulah bersikap adil kepada setiap kakitangan.

Begitu juga dengan toleransi, staf akan membenci pengurus yang terlalu rigid. Terlalu ikut buku bak kata orang. Mereka menyukai pengurus yang lebih fleksibel. Tetapi, perlu kita ingat, bertoleransi itu perlu tapi tegas tetap tegas. Barulah mengancam!

7. Kerja bersama. Turun padang!
"Cakap bolehlah, cuba buat tengok!". Dialog macam ni memang popular apabila staf mengutuk bos mereka. Mereka merasakan yang bos mereka hanya tahu menyuruh saja tetapi tidak mengetahui samada perkara tersebut boleh ataupun tidak dilaksanakan oleh mereka. Ramai pengurus berperangai seperti ini. Mereka hanya MAHU..tetapi tidak mahu AMBIL TAHU mengenai kekangan dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang memincangkan kredibiliti seorang pengurus.

Kalau kita boleh turun padang dan kerja bersama. Alangkah seronoknya pekerja-pekerja kita.

Wallahualam.

Sunday, 25 March 2012

:: Lahirnya blOg ini ~

assalam..

alhamdulillah, syukur diri ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga diri menyiapkan blog ini di atas tuntutan subjek Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Syukran jazilan diucapkan kepada Puan Putri Afzan Maria kerana di atas usaha murni beliau dan sudi memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Hanya Yang Maha Esa sahaja yang dapat membalas apa yang telah dilakukan oleh beliau. ^__^

Now, selamat ber'blogging' kembali yaya !! oh yeaahhh! this is my second blog actually.. ehehe..